Riwayat Hidup Sankaracharya

Kelahiran

Śivaguru dan Āryāmbā ialah suami isteri yang soleh darikasta Nambūdiri. Mereka tinggal di Kālaḍī (di negeri Kerala) berdekatan sungai Pūrṇā. Selepas berdoa kepada Dewa Śiva di Vrṣabhācala, pada tahun 788 Masihi) mereka mendapat seorang anak lelaki.Mereka menamakannya sebagai Śaṇkara.

Śaṇkara mempunyai kecerdikan dan bakat yang luarbiasa. Ketikadia masih seorang kanak-kanak, dia telah mempelajari semua sastera agama. Ketika Śaṇkara berusia empat tahun, bapanya meninggal dunia. Āryāmbā seorang dirimembesarkannya. Selepas menamatkan pendidikan Gurukula, Śaṇkara ingin menjadi seorang Sannyasin.

Pada suatu hari, Śaṇkara sedangbermandi di sungai Pūrṇā. Tiba-tibaseekor buaya menangkap kakinya. Āryāmbā yang berada di tebing sungai menjeritmeminta tolong tetapi tiada sesiapa di tempat itu. Apabila usahanya untukmelepaskan diri tidak berjaya, Śaṇkara meminta ibunya bahawa dia akan mati dengan tenang sekiranya dia dapatmengambil ikrar rahib ketika itu. (Ini dikenali sebagai Āturasaṃnyāsa,iaitu ikrar rahib yang diambil ketika saat kematian.) Āryāmbā tidak dapat menolak permintaan anak kesayangannya. Sebaik sahaja Śaṇkaramelafazkan ikrar rahib secara mental, buaya itu melepaskannya dan menghilangkandiri.

Menurut sastera agama, seseorang yangterselamat selepas mengambil ikrar rahib mesti mengambil ikrar itu secaraformal dan menjalani kehidupan rahib. Dengan keberatan, Āryāmbā mengizinkan anaknya untuk menjalani kehidupan rahib. Namun sebelummeninggalkan ibunya, Śaṇkara berjanji bahawa dia akan berada disamping ibunyaketika ibunya menanti ajalnya.

Kehidupan Rahib

Demikian, ketika berusia lapan tahun, Śaṇkara menjadi seorang rahib. Seterusnya, Śaṇkara memulakan satu perjalanan yang jauh ke sisir sungai Narmada untuk berjumpa dengan Mahaguru Govinda Bhagavatpāda. Beliau merupakan seorang rahib terkenal zaman itu dan dipercayai sebagai jelmaan (Avatara) Ādiśesa. Govinda Bhagavatpāda dengan kesaktian yoganya telah mengetahui tentang kedatangan Śaṇkara. Beliau menerima Śaṇkara sebagai pelajarnya dan melatihnya dalam falsafah Advaita. Selepas pendidikan selama tiga tahun, atas arahan Mahagurunya, Śaṇkara bertolak ke Kāśī, pusat segala ilmu.

Śaṇkara memulakan asramanya di Kāśī dan mengajar falsafah Advaita Vedanta. Ramai pelajar-pelajar dari serata benua India berkumpul di asramanya. Beberapa orang dalam kalangan mereka menjadi pengikut setia Śaṇkara. Antaranya, Sanandana (kemudian dikenali sebagai Padmapāda) - salah seorang daripada empat pengikut utama Śaṇkara.

Antara peristiwa penting dalam hidup Śaṇkara yang berlaku di Kāśī ialah pertemuannya dengan Dewa Viśwanātha (Śiva) yang muncul sebagai seorang banjingan. Peristiwa ini menghapuskan saki-baki kejahilan Śaṇkara dan menjadikannya seorang Mahaguru yang tiada tandingan dan insan yang sempurna. Seterusnya, atas arahan Dewa Viśwanātha, Śaṇkara bertolak ke Badarīnātha, sebuah tempat suci di pergunungan Himālaya. Beliau membaiki semua sebuah kuil lama Nārāyan̩a dan memperkenalkan sistem pemujaan yang teratur. Di Badarīnātha juga Śaṇkara menghasilkan ulasan Brahmasūtras (dikenali sebagai Brahmasūtras Bhāṣya). Penulis asal karya Brahmasūtras, Muni Vyāsa sendiri dikatakan telah mengesahkan dan memuji ulasan Śaṇkara.

Lawatan ke Seluruh India

Seterusnya, Śaṇkara bertolak ke India Selatan, mengalahkan dan menukar pendeta-pendeta falsafah lain seperti Maṇḍana Miśra. Śaṇkara juga berjaya menukar beberapa kumpulan Kāpālika di Śriīśaila (kini di negeri Andhra Pradesh) dan Gāṇapatya di Gokarṇa (di Karnataka) yang mengamalkan amalan-amalan yang keji.

Sementara itu, Śaṇkara mendapat tahu (dengan kuasa yoganya) bahawa ibunya sedang tenat. Seperti yang telah dijanjikannya, Śaṇkara melawat ibunya dan atas permintaan ibunya, Śaṇkara menyanyikan sebuah Stotra. Ibunya meninggal dunia dengan melihat rupa Maha Vīṣṇu. Apabila penduduk Kalaḍi memukaunya dan enggan membantunya melakukan upacara pembakaran jasad ibunya, Śaṇkara seorang diri melangsungkan upacara pembakaran jasad ibunya.

Selepas merantau di India Selatan dan mendapat dua orang pengikutnya, Hastāmalaka dan Toṭaka, Mahaguru Śaṇkara bertolak ke utara sehingga ke Kashmir. Selepas mengalahkan semua pendeta-pendeta daripada pelbagai mazhab, Śaṇkara menaiki takhta Ilmu, Sarvajñapīṭha di kuil Sarasvatī.

Śaṇkara berjaya menghidupkan semula agama Veda dengan penulisan dan propaganda luasnya mengenai prinsip-prinsip falsafah yang kukuh.

Tahun-tahun Terakhir

Menurut kepercayaan popular, pada tahun 820 Masihi, ketika berumur 32 tahun, Śaṇkara telah memasuki sebuah gua bernama Dattātreyaguhā di Himālaya berdekatan Badarī dan hilang selama-lamanya. Menurut versi lain yang masih berterusan ialah, Śaṇkara telah menubuhkan sebuah lagi biara di Kāñcīpuram (di Tamil Nadu) bernama Kāmakoṭipīṭha dan di sana sehingga kematiannya. Kontrovesi mengenai ini tidak dapat diselesaikan kerana tiada bukti kukuh.